Sambutan Hari Guru 2012

May 17th, 2012 by cekak 
Satu Majlis Sambutan Hari Guru 2012 anjuran Silat Cekak Ustaz Hanafi akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 23/5/2012 Masa : 8.00pm Lokasi : Rumah Persatuan, Taman Melawati Pakaian : Kemas Semua ahli ahli yang berkelapangan adalah dijemput hadir.

Pewaris Mutlak Silat Cekak terima anugerah ‘MERIT OF EXCELLENCE’.

May 13th, 2012 by cekak 
Penyampaian Anugerah 'Merit of Excellent' Kuala Lumpur 12 Mei – YM Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi telah dianugerahkan MERIT OF EXCELLENCE daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts ( APACMA) Kuala Lumpur. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor Asia Pacific Open Universiti, Prof Dr. Abang Zainal bin Abang Abdul Latif. Tandatangan Memorandum Persefahaman bersama Dr...

Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam terima Anugerah Program Terbaik Kategori Sukan/Rekreasi 2011

May 3rd, 2012 by cekak 
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (Silat Cekak Ustaz Hanafi ) UiTM Shah Alam telah mendapat tempat kedua bagi ANUGERAH PROGRAM TERBAIK KATEGORI SUKAN / REKREASI 2011. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah ,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2011 yang telah berlangsung pada 30 April 2012...

Kenyataan Media

April 27th, 2012 by cekak 
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia ( Silat Cekak Ustaz Hanafi ) merupakan sebuah persatuan sukarela bukan kerajaan (NGO) yang tidak melibatkan diri di dalam mana mana parti politik. Adalah menjadi prinsip persatuan menyokong mana-mana kerajaaan yang memerintah secara sah serta mematuhi perlembagaan dan undang undang negara. Sehubungan dengan itu, sebagai persatuan silat yang...

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia diberi penghormatan membuat persembahan dihadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong ke-XIV.

April 23rd, 2012 by cekak 
21/04/2012, KUALA LUMPUR —Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Ustaz Hanafi) diberi penghormatan tertinggi untuk membuat persembahan diraja dihadapan DYMM Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,Yang di-Pertuan Agong ke-14. Persembahan ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” telah diadakan di Dataran Merdeka pada malam Sabtu yang bermula jam 8.30 malam. Acara itu...

Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi 2012 catat penyertaan teramai.

April 10th, 2012 by cekak 
Paroi, Negeri Sembilan-7 April 2012- Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat IPT dan sekolah 2012 telah mencatatkan penyertaan teramai untuk kali ini. Kejohanan tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Sembilan dengan kerjasama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, UiTM kampus Negeri Sembilan, kerajaan Negeri Sembilan...

Tuan Haji Din bin Awang (Pak Din Panjang) meninggal dunia.

April 6th, 2012 by cekak 
Ampang, 5 April 2012 – Dukacita dimaklumkan, Tuan Haji Din bin Awang (Pak Din Panjang) seorang ahli lama Silat Cekak telah kembali ke rahmatullah malam tadi di Hospital Ampang, Selangor. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di alamat No 5, Jalan Cahaya Ampang, Selangor. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang...

Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat IPT dan Sekolah Malaysia

April 5th, 2012 by cekak 
Datang beramai-ramai ke Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Ustaz Hanafi 2012, kali pertama dibawa ke Negeri Sembilan Saksikan persembahan istimewa dari Kumpulan Silat yang dibawa dari Australia selain peserta pertandingan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kunjungan Rasmi Pewaris Mutlak dan Rombongan SILAT CEKAK USTAZ HANAFI ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia Melbourne

March 29th, 2012 by cekak 
Melbourne,Australia – 22 hb Mac 2012, YM Syeikh Haji Md Radzi Hj Hanafi A-Qadahi serta rombongan Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne,Australia. Syeikh Hj Md Radzi yang merupakan Pewaris Mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi bersama rombongan seramai 16 ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berada di Melbourne atas jemputan daripada...